Friday, October 8, 2010

Sweet 18 + The First Lecture

9/10/2010....
Hari yang sangat2 bersejarah untuk aku... Bukan untuk orang lain.. Tp just untuk aku...
Bagi aku, tarikh ni, bukan just "hey, HAPPY BIRTHDAY!!" yg mcm dulu2...
Hari ni sangat2 penting dalam hidup aku..

9/10/2010...
1) Hari di mana aku genap berumur 18 tahun... Ramai orang cakap, bila da 18 tahun, kita da besar... aku x de r rasa macam tu senanyer... Bagi aku, 18 tahun ni, permulaan untuk kehidupan yang lebih mencabar. Ye la, besar, memang la besar.. tp aku rasa, masih perlukan perhatian mak ayah aku...

2) Hari first aku hadirkan diri di Kuliah Al-Asnan Al-Azhar sebagai salah seorang pelajar universiti tu... Cita2 aku nak jadi doktor gigi... aku bersyukur sebab aku dapat apa yang aku nak.. yA ALLAH, kau jangan la lalai kan aku.


Yup2, memang akan ada orang kata, "hek eleh, hari jadi je kot" or "hek eleh, biasa r tu kuliah pertama"...
hehe.. aku tau.. Tapi, perasaan INDAH giler kat hati ni memang susah nak terangkan. hanya aku je yang rasa... macam satu dunia yang baru menunggu aku. Umur 18, permulaan untuk hidup yang lebih mencabar... Umur 18, permulaan untuk aku corakkan masa depan aku. Aku nak jadi doktor gigi.. itu yang pasti.. Insya-Allah

Ya Allah, aku sangat mohon padaMu, Kau kuatkan lah hati hamba-Mu yang sangat lemah ini.. Kau lindungi lah diri ku ini ya Allah... Jauhkan diri aku daripada sifat malas, lalai, dan tak bersyukur ya Allah.. Kau lindungi la aku dari bisikan syaitan ya Allah... Hanya kau sahaja yang Maha Kuasa ya Allah..